ADAB, FALSAFAH DAN BUDAYA PERGURUAN | PSCSPSM

ADAB, FALSAFAH DAN BUDAYA PERGURUAN

Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia (PSCSPSM)

Adab, falsafah dan budaya perguruan menjadi sebahagian daripada asas pendidikan dalam Silat Chekak Silat Papan Sekeping, dengan penekanan terhadap kesedaran, keaslian, ketaatan, tanggungjawab dan pembentukan diri.

Lahirnya Chekak Kerana Kesedaran,
Bukan Bermusuh Sebagai Tujuan,
Untuk Mendaulatkan Seni Kebangsaan,
Menyesuaikan Dengan Makna Kemerdekaan.
Silat Chekak Benar-Benar Asli,
Tidak Bercampur Hak Luar Negeri,
Hendaklah Belajar Bersungguh Hati,
Untuk Menjaga Diri Sendiri.
Taat Ke Guru Membawa Berkat,
Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat,
Jika Menderhaka Mendapat Mudharat,
Semua Ilmu Tiada Yang Lekat.
Dua Ibu Bapa Tak Boleh Derhaka,
Besar Jasanya Kepada Kita,
Kalau Menderhaka Bahaya Menimpa,
Di Akhirat Kita Masuk Neraka.
Wajib Menjaga Diri Sendiri,
Menerima Amanah Tuhan Rabbi,
Untuk Menjadi Mukmin Sejati,
Demi Menegak Islam Yang Suci.
Menjana Jati Diri & Berakhlak Tinggi
error: Content is protected !!