PENGERTIAN LAMBANG SILAT CHEKAK
Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia (PSCSPSM)
Setiap unsur pada lambang Silat Chekak Silat Papan Sekeping membawa pengertian tersendiri yang berkaitan dengan prinsip, mata pelajaran, kedaulatan, persenjataan, kesatuan dan identiti perguruan.
Pengertian Simbol
4 Segi Sama
Bermaksud Konsep Kesefahaman Dan Kemafakatan iaitu Duduk Sama Rendah Dan Berdiri Sama Tinggi.
Bintang 21
Merujuk jumlah 21 buah asli mata pelajaran Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia.
Keris Bersarung
Bermaksud Simbol Kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Parang Lading
Merupakan Senjata Rasmi Silat Chekak Silat Papan Sekeping.
2 Buyung Tanah
Bermaksud sifat makhluk berpasangan. “Bulat air kerana buyung, bulat manusia kerana sekata”.
Kitab Perlembagaan Al-Quran Dan Hadis
Bermaksud sebagai melaksanakan tugas.
Segemal Padi
Bermaksud penyatuan ahli.
٨٦٨
Merujuk Koperasi At-Taufiq Malaysia Berhad (ATA), tunjang penubuhan PSCSPSM.
Pengertian Warna
Putih
Bermaksud Bersih Dan Suci.
Biru
Bermaksud Cantik Di Kala Terang, Indah Di Kala Gelap.
Hijau
Bermaksud Keislaman dan kerukunan.
Kuning
Bermaksud Lambang Kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Merah
Bermaksud Berani, Tegas dan Berdisiplin.
Emas
Bermaksud Ilmu yang tidak ternilai “Tak Lapok Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas”.







