Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia (PSCSPSM)

Silat Papan Sekeping diperkenalkan oleh pengasasnya, Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad pada Mac 1975. Nama ini diberikan untuk menggambarkan keaslian dan kaedah silat yang ringkas tetapi padat dengan ilmu, ibarat satu keping papan yang kukuh.

Tempoh & Perjalanan Pembelajaran

TEMPOH & PERJALANAN PEMBELAJARAN

Tekan butang di bawah untuk melihat perjalanan penuntut dari peringkat awal sehingga tamat kursus.

4 BULAN PERTAMA 2 bulan Buah Asas + 2 bulan Buah Jatuh
2 BULAN BERIKUTNYA Peringkat Buah Potong sebelum tamat
01
02
03
✓
BULAN 1 - 2

Buah Asas

Peringkat awal pembelajaran dan pengenalan kepada kaedah serta buah asas.

BULAN 3 - 4

Buah Jatuh

Melanjutkan pembelajaran kepada tangkisan, jatuhan dan kuncian.

BULAN 5 - 6

Buah Potong

Penuntut mempelajari cara menangkis mata pelajaran yang telah dipelajari.

TAMAT

Buah Umum / Tamat

Penuntut melengkapkan pembelajaran dan memasuki peringkat tamat kursus.

Tekan Mula Perjalanan untuk melihat perjalanan pembelajaran.

Biodata
Guru Utama

Mohamad Rahmat bin Mohd Jawahir, yang turut dikenali dengan nama gelar Tun Rahmat, merupakan Guru Utama dan Presiden Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia (PSCSPSM). Beliau mempunyai pertalian keturunan Pak Hussin Kelantan di sebelah bapa dan Megat Terawis di sebelah ibunda, sebagaimana yang dinyatakan dalam profil PSCSPSM. Nama gelar Tun Rahmat dikaitkan dengan susur galur keturunan Megat Terawis (Megat Muhammad x Toh Amir -Anak Tok Kaya Muda) melalui sebelah ibundanya. Dalam tradisi penamaan keturunan Megat Terawis, nama “Tun” turut digunakan pada jalur keturunan yang diwarisi melalui ibu, menjadikan nama tersebut sebahagian daripada pengenalan kepada latar keluarganya

error: Content is protected !!