TUJUAN & MATLAMAT
Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia (PSCSPSM)
Tujuan dan matlamat PSCSPSM menjadi asas kepada pembangunan ahli, pemeliharaan adab, budaya, jati diri serta keharmonian dalam persatuan dan masyarakat.
Pembinaan Jati Diri
Membina jatidiri ahli-ahli Persatuan melalui penerapan adab-adab budaya Melayu dan Islam.
Nilai Murni & Kecintaan Negara
Menerapkan nilai-nilai murni dan kecintaan kepada negara di kalangan ahli selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Kasih Sayang & Tanggungjawab
Memupuk rasa kasih sayang ahli-ahli kepada diri sendiri, ibubapa, keluarga, bangsa, agama dan negara.
Pemeliharaan Akhlak & Akidah
Membasmi perkara-perkara tahyul dan khurafat yang menjerumus kepada kerosakan akhlak dan akidah di kalangan ahli.
Memartabatkan Silat
Memartabatkan silat sebagai budaya bangsa yang asli lagi bertanggungjawab agar dibanggakan.
Memelihara Keaslian
Memperjuangkan dan mempertahankan keaslian Silat Chekak Silat Papan Sekeping agar tidak hilang dan berubah ditelan zaman.
Mendaulatkan Perguruan
Mendaulatkan keaslian Silat Chekak Silat Papan Sekeping di antara perguruan silat Melayu.
Silaturrahim & Keharmonian
Menjalinkan silaturrahim, memupuk semangat setiakawan dan mengekalkan keharmonian di kalangan ahli-ahli Persatuan bersama persatuan dan badan kebudayaan yang lain.