PERNYATAAN PERINGATAN TEGAS PSCSPSM
- 17 November 2013
Assalamu 'alaikum warah matulla hi wabarakatuh.
Peringatan tegas kepada semua ahli PSCSPSM supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan Nama, Lambang dan Logo Persatuan atau menggunakan Gallery Photo Persatuan dalam penulisan atau artikel individu.
Apa-apa juga perbuatan ahli PSCSPSM secara individu dalam bentuk tindakan, penulisan, fahaman politik dan apa-apa kefahaman lain atau penyertaan dalam mana-mana pertubuhan atau perhimpunan yang bertentangan dengan Undang-Undang Negara, tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada Persatuan.
Peringatan tegas juga dari Guru Utama dan Presiden Tuan Tabib Mohd Soleh Bin Haji Hussin kepada semua ahli PSCSPSM supaya memerlihara hubungan baik, mencari yang baik dan menjauhi kebanyakan sangka.
Penulisan atau artikel individu yang merupakan ahli PSCSPSM di mana-mana saluran media seperti Laman Sosial (Facebook) dan sebagainya, bukanlah Pernyataan Rasmi PSCSPSM. Penulisan atau artikel individu tersebut adalah ditulis di atas pandangan sendiri.
Untuk Pernyataan Rasmi, sila rujuk Portal Rasmi PSCSPSM www.silatpapansekeping.org.my.