Syiah agenda Yahudi melumpuhkan Islam? | PSCSPSM
- 21 August 2013
SUMBER : UTUSAN ONLINE | 11 OGOS 2013
Syiah di peringkat global kini telah menjadi satu agenda Yahudi untuk melumpuhkan kesatuan dan kekuatan Islam. Yahudi berselindung di sebalik Syiah kerana fahaman ini bertentangan dengan ajaran Islam sebenar iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Permainan Yahudi terlalu licik, pakar strategi mereka sangat bijak menggerakkan agenda untuk memerangi Islam dari dalam dengan memperalatkan Syiah. Perkara ini menjadi mudah kerana permainan politik dalam kalangan sesetengah pemimpin di Asia Barat yang lebih mementingkan kelangsungan fahaman Syiah berbanding Islam seluruhnya.
Kelicikan itu membuatkan bukan sahaja dalam kalangan orang Islam yang biasa malah ulama besar seperti Dr. Yusuf al-Qardawi pernah terpedaya dan menyokong perjuangan Syiah tidak lama dulu.
Pengaruh hebat ulama itu dimanfaatkan apabila Dr.Yusuf Qardawi tidak sedar memberikan pengiktirafan dan sokongan kepada Syiah yang merupakan agenda Yahudi. Misalnya pada tahun 2006 beliau memberi sokongan kepada pergerakan Hizbollah pimpinan Hassan Nasrallah di Lebanon untuk melawan tentera zionis Israel.
Hizbollah adalah pergerakan Syiah yang diketuai oleh Hassan Nasrallah, tokoh Syiah yang sangat dikagumi. Tetapi apakah yang berlaku di Syria apabila pemimpin diktator Presiden Bashar Assad membunuh penentangnya dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kebangkitan rakyat yang berlarutan hingga sekarang?
Teori mengaitkan perjuangan Syiah dengan Yahudi boleh dibuktikan apabila Hassan Nasrallah menghantar beribu-ribu pejuang Hizbollah ke Syria untuk membantu Bashar Assad memerangi orang Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beberapa egensi berita antarabangsa melaporkan sasaran Bashar Assad adalah penduduk dan pejuang Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini menunjukkan perjuangan Hizbollah selari dengan Amerika Syarikat (AS) yang sejak awal lagi menyokong Bashar Assad. Siapa yang menentukan dasar luar negara AS kalau bukan kalangan pelobi dan pembiaya Yahudi? Sama ada Presiden Barack Obama atau sebelumnya, dasar luar AS tidak pernah berubah selagi pelobi dan pembiaya dalam kempen pilihan raya presiden adalah Yahudi.
Kerana itu di peringkat global Syiah memberikan ancaman yang sangat besar kepada Islam. Syiah kini sudah berada dalam lingkungan geopolitik antarabangsa apabila Iran, negara yang menjadi tunggak fahaman Syiah. Iran menyokong Presiden Bashar Assad membunuh pejuang Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sokongan ini selari pula dengan Rusia dalam isu Syria malah hubungan rapat Iran dengan Rusia bukan menjadi rahsia lagi.
Di negara ini isu mengenai Syiah sentiasa dibangkitkan dan baru-baru ini kembali hangat apabila kerajaan negeri Kedah menjadi negeri pertama yang mengharamkan fahaman tersebut.
Mengikut statistik terbaru, dianggarkan tidak kurang 250,000 penganut fahaman itu di negara ini dan yang paling membimbangkan penyebarannya bukan lagi secara tertutup seperti sebelum ini. Malah di Kedah sendiri ada persatuan Syiah.
Walaupun begitu ada pihak menganggap ancaman Syiah di negara ini tidak membimbangkan memandangkan kerajaan berjaya membanteras kumpulan Al-Arqam tidak lama dulu. Ketika dibanteras, Al-Arqam sebuah pergerakan yang mempunyai pengaruh dalam kalangan masyarakat tempatan. Maka kejayaan menghapuskan Al-Arqam dijadikan sandaran untuk mendepani Syiah yang menular pesat ketika ini.
Benarkah Syiah tidak memberikan ancaman dan pendekatan memerangi Al- Arqam boleh digunakan untuk memerangi Syiah? Sebenarnya Syiah dan Al-Arqam sangat berbeza dari segi pengaruh di peringkat antarabangsa. Al-Arqam sebuah pergerakan yang bersifat domestik dan tidak didokong oleh mana-mana negara.
Sementara pusat penyebaran Syiah bukan di negara ini tetapi di Iran yang menjadi satu-satunya negara yang mengamalkan fahaman Syiah dan membantu meluaskan pengaruh Syiah di seluruh dunia. Buktinya ada pihak mengakui bahawa sesetengah pelajar yang dihantar ke Iran suatu ketika dahulu menjadi pemangkin penyebaran Syiah di negara ini.
Pengaruh Syiah di peringkat antarabangsa melonjak selepas kejayaan Revolusi Islam 1979 menggulingkan pemimpin monarki Shah Mohamad Reza daripada Dinasti Pahlavi. Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Khomeini menjadi pemimpin agung Syiah di Iran.
Selepas lenyapnya sistem monarki, Iran muncul sebagai negara Syiah yang hebat kerana berjaya menggulingkan raja yang menjadi boneka AS dan Britain. Dalam konteks ini Syiah memang dipuji dan menjadi jenama perjuangan Islam menentang penguasaan Barat di Iran. Tetapi yang tidak baiknya Syiah memusuhi orang Islam yang tidak sealiran dengannya.
Ketika ini dianggarkan 70 juta atau 95 peratus daripada populasi penganut Islam di Iran adalah Syiah. Ini bermakna 40 peratus daripada taburan penganut fahaman Syiah berada di Iran dan angka ini adalah sangat besar.
Dalam konteks ini kita mesti melihat Iran daripada pelbagai sudut, bukan sahaja sebuah negara Islam yang kelihatan lantang menentang kuasa besar seperti AS. Tetapi di sebalik itu kenapa Iran tidak diserang walaupun AS mendakwa Iran membangunkan senjata nuklear?
Kenapa AS begitu pantas mengambil keputusan menyerang Afghanistan dan Iraq? Iraq yang belum dibuktikan membangunkan loji senjata nuklear telah dimusnahkan oleh AS dan pemimpinnya, Saddam Hussein yang anti Syiah dibunuh.
Apa yang berlaku di negara kita hari ini ini telah lama diperangi oleh bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein. Malah beberapa negara di Asia Barat juga memerangi Syiah tetapi yang kelihatan negara berkenaan seolah-olah memusuhi Iran yang menonjol sebagai penentang utama Barat. Tindakan radikal Saddam menghapuskan penganut Syiah dengan gas beracun memang melampau dan tidak berperikemanusiaan. Tetapi apakah pemimpin Iran lebih berperikemanusiaan membantu Bashar Assad?
Iraq diserang kerana negara itu bukan negara Syiah seperti Iran yang Yahudi mempunyai kepentingan untuk melemahkan negara Islam. Tetapi selepas tumpasnya Saddam dan muncul pemimpin boneka AS di Iraq, Syiah kembali berkembang pesat. Statistik terkini menunjukkan 22 juta penganut Syiah atau 65 peratus daripada populasi penganut Islam di negara berkenaan. Maka ada benarnya bahawa Syiah menjadi ancaman kepada Islam dan menyumbang kepada kepentingan Yahudi. Mungkin pemimpin Syiah tidak sedar tetapi Yahudi telah mengaut keuntungan daripadanya.