Wednesday, 04 24th

Last update12:00:00 AM

 

Majlis Tamat Kelas Pertama (TP-01) & Majlis Petua Di Bukit Gantang | PSCSPSM

Majlis Ijazah Tamat Kelas Pertama (TP-01) & Majlis Petua Di Pusat Latihan Negeri, Bukit Gantang, Taiping, Perak.

Majlis Tamat Kelas Pertama (TP-01) & Majlis Petua Di Bukit Gantang, Taiping, Perak pada 12 Januari 2013 (29 Safar 1434 H).

Pada sebelah siangnya  telah berlangsung dengan jayanya Majlis Aqiqah keluarga Guru Utama & Presiden PSCSPSM Tuan Tabib Mohd Soleh Bin Hussin dan keluarga Shaharudin Bin Shaari penyelaras/penyelia Pusat Latihan negeri Perak telah diadakan di Pusat Latihan Negeri, Bukit Gantang, Taiping, Perak.
Ahli-ahli PSCSPSM dari Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang bersama ahli Perak dan masyarakat sekitar seperti Kg. Kubu, Changkat Ibol, ahli dari Taiping dan  Kuala Kangsar telah bersama-sama bergotong-royong bagi menjayakan majlis tersebut.

Pada sebelah malamnya berlangsung Majlis Tamat  Kelas Pertama (TP-01) di tempat yang sama dengan cerianya. Tahniah kepada ahli-ahli yang berjaya menamatkan kursus 6 bulan Silat Chekak Silat Papan Sekeping.

Selepas Zohor 13 Januari 2013 (1 Rabi'ulawal 1434 H) telah 'diperturunkan' Majlis Petua Pertama. Suasana mesra dan harmoni mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli.

Terima kasih kepada ahli-ahli yang bersama membantu menjayakan majlis ini. Semoga diamal dan dimanafaatkan ilmu yang telah dianugerahkan ALLAH.

Majlis Ijazah Tamat Kelas Pertama (TP-01) & Majlis Petua Di Pusat Latihan Negeri, Bukit Gantang, Taiping, Perak.

Renungan

Wajib Menjaga Diri Sendiri,

Menerima Amanah Tuhan Rabbi,

Untuk Menjadi Mukmin Sejati,

Demi Menegak Islam Yang Suci.


Taat Ke Guru Membawa Berkat ,

Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat,

Jika Menderhaka Mendapat Mudharat,

Semua Ilmu Tiada Yang Lekat.


Dari Mata Turun Kehati,

Tak Kenal Maka Tak Cinta,

Lain Dimulut Lain Dihati,

Adat Berkasih Hendaklah Setia.

Galeri Gambar

Hubungi Kami

  • Alamat Surat Menyurat:
    No. 31, Lorong Keramat 19,
    Dato' Keramat, 54000 Kuala Lumpur,
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Tel:
    019.245.9154
    - En. Mohamad Junaidi bin Ishak
    Ketua Penerangan
    016.935.7922 - En. Elham Budi bin Mohd Rozali
    Setiausaha Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
    017.386.3826 - Pn. Norazizah binti Johar
    Ahli Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
Anda Di Sini : Home Aktiviti Majlis Tamat Kelas Pertama (TP-01) & Majlis Petua Di Bukit Gantang | PSCSPSM