Friday, 04 26th

Last update12:00:00 AM

 

Majlis Perjumpaan & Suaikenal Sahabat Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) kali ke 6 | PSCSPSM

Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) Kali ke 6 | PSCSPSM

Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping (PSCSPSM) telah dijemput menyertai Majlis Perjumpaan & Suaikenal Sahabat Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) kali ke 6. Bertempat di Tasik Titiwangsa pada 06 Jan 2013. PSCSPSM diwakili oleh Tuan Hj Taufik Bin Dato’ Hashim (Naib Presiden 2) & Tuan Junaidi Bin Ishak (MTPT). Antara yang turut memeriahkan majlis Tuan Ismail Bin Hassan (Ketua Penerangan), ahli MTPT, tenaga pengajar, jurulatih & ahli sekitar lembah klang.

Sebanyak 22 pertubuhan silat (Guru & wakil Guru @ pertubuhan) turut serta dengan persembahan masing-masing. PSCSPSM telah mempersembahkan demonstrasi parang Lading yang merupakan senjata rasmi. Teknik senaman & teknik asas penggunaan parang Lading dengan kaedah A,B,C & D dipertontonkan.

Pameran senjata melayu & busana melayu juga mengambil bahagian.

Silaturrahim & semangat cintakan budaya bangsa Melayu jelas di lihat sepanjang majlis berlangsung. Semoga usaha pihak DSSM untuk martabatkan budaya bangsa melayu ini bertali arus dengan semangat yang jitu.

Lahirnya Chekak kerana kesedaran,
Bukan bermusuh sebagai tujuan,
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan,
Mensesuaikan dengan makna kemerdekaan.

Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) Kali ke 6 | PSCSPSM

Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) Kali ke 6 | PSCSPSM

Renungan

Wajib Menjaga Diri Sendiri,

Menerima Amanah Tuhan Rabbi,

Untuk Menjadi Mukmin Sejati,

Demi Menegak Islam Yang Suci.


Taat Ke Guru Membawa Berkat ,

Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat,

Jika Menderhaka Mendapat Mudharat,

Semua Ilmu Tiada Yang Lekat.


Dari Mata Turun Kehati,

Tak Kenal Maka Tak Cinta,

Lain Dimulut Lain Dihati,

Adat Berkasih Hendaklah Setia.

Galeri Gambar

Hubungi Kami

  • Alamat Surat Menyurat:
    No. 31, Lorong Keramat 19,
    Dato' Keramat, 54000 Kuala Lumpur,
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Tel:
    019.245.9154
    - En. Mohamad Junaidi bin Ishak
    Ketua Penerangan
    016.935.7922 - En. Elham Budi bin Mohd Rozali
    Setiausaha Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
    017.386.3826 - Pn. Norazizah binti Johar
    Ahli Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
Anda Di Sini : Home Aktiviti Majlis Perjumpaan & Suaikenal Sahabat Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) kali ke 6 | PSCSPSM