Tuesday, 04 16th

Last update12:00:00 AM

 

PERUTUSAN EID UL ADHA 1442H | 2021

PERUTUSAN EID UL ADHA 1442H | 2021 PSCSPSM

PERUTUSAN EID UL ADHA 1442H | 2021 PSCSPSM

 

PERUTUSAN EID UL ADHA 1442H | 2021

Selawat dan salam atas Nabi Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan atas keluarga serta para sahabat.
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar.

Selamat menyambut Aidil Adha bagi tahun ini 1442 bersamaan 2021.
Walau dimana kita berada, Hari besar ini  tetap di sambut dengan keraian takbir, syukur, selawat, istighfar serta zikir juga penyembelihan haiwan ternak.
Aidil Adha disertai dengan korban sepertimana syariat Nabi Ibrahim 'alaihissalam sebagai syiar Islam. Ia boleh dikerjakan dimana mana kita berada, bermula dari lepas solat sunat Aidil Adha pada pagi 10 Zulhijjah iaitu 1 hari Nahar dan 3 hari Tasyrik.
Bagi sesiapa yang ada niat untuk korban menyembelih haiwan ternak pada tahun tersebut, niat itu perlu ada selewatnya pada malam 1 Zulhijjah dan mula berpantang sehingga 10 Zulhijjah atau sehingga haiwan korban disembelih.
Pantang larangan yang dimaksudkan ialah jangan membuang apa apa yang biasa dibuang dari tubuh badan seperti kuku, rambut, janggut dan misai serta bulu bulu badan.

Seterusnya pengertian korban iaitu sifat taat akan perintah Allah hendaklah dipupuk dibina terus menerus sepanjang hayat.
Korban binatang ternak, korban wang ringgit harta, korban masa dan tenaga,  korban nafsu kehendak sendiri.
Setiap pengorbanan memerlukan perjuangan jihad mengawal nafsu, akal dan hati diri sendiri iaitu 3 instrumen yang telah dikurniakan oleh Allah kepada setiap jiwa insan.

Asas hakikat pengorbanan ialah akhlak yang baik.
Akhlak yang dimaksudkan iaitu budi pekerti yang mulia atau berperangai baik perlu dibina.
Ia datang dari gerak geri yang tumbuh dari jiwa yang suci dan dipelihara supaya mempunyai keimanan yang benar teguh dengan keikhlasan hanya kepada Allah Subhanahu wa ta'ala pada zahir dan batin.
Ia dapat di saksikan sekurang kurangnya pada 4 perkara utama.

    1. Ia mempunyai hikmah - dapat membezakan antara yang benar dan yang salah. Ia mengerjakan syariat Allah mengikut Sunnah Rasulullah yang mempunyai hakikat dan makrifat yang lurus.
    2. Ia mempunyai berani - ia berani menolak perkara  perkara keji (kejahatan hati)  dan perbuatan mungkar.
    3. Ia mempunyai kesucian - ia mensucikan dirinya setiap masa pada zahir dan batin dari segala sumber yang haram dan najis. Ia tidak tunduk pada kemahuan nafsunya, tidak tunduk pada bisikan tipu daya iblis dan syaitan jin juga syaitan manusia. Ia tidak bersubahat dengan perkara yang dilarang.
    4. Ia mempunyai adil - tidak menentang kebenaran iaitu tidak menolak hukum hukum dari hukum syarak, hukum akal, hukum adat (syarie, aqli, naqli) yang berhubung rapat dengan syariat Allah dan Sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar.

Maksud Firman Allah : "Telah berjaya orang mukmin.
Iaitu mereka yang solat khusyuk".

Semoga Allah menerima amal kami dan amal tuan puan Insyaa Allah.
Selamat Hari Raya Korban kepada ahli Chekak dan seluruh warga Silat serta umat Islam sedunia.


Tabib Mohd Soleh Hussin
Guru Utama dan Presiden
Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia.


PERUTUSAN EID UL ADHA 1442H | 2021 PSCSPSM

PERUTUSAN EID UL ADHA 1442H | 2021 PSCSPSM


"Menjana Jati Diri & Berakhlak Tinggi"

#silatCHEKAKsilatpapansekeping

 

Renungan

Wajib Menjaga Diri Sendiri,

Menerima Amanah Tuhan Rabbi,

Untuk Menjadi Mukmin Sejati,

Demi Menegak Islam Yang Suci.


Taat Ke Guru Membawa Berkat ,

Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat,

Jika Menderhaka Mendapat Mudharat,

Semua Ilmu Tiada Yang Lekat.


Dari Mata Turun Kehati,

Tak Kenal Maka Tak Cinta,

Lain Dimulut Lain Dihati,

Adat Berkasih Hendaklah Setia.

Galeri Gambar

Hubungi Kami

  • Alamat Surat Menyurat:
    No. 31, Lorong Keramat 19,
    Dato' Keramat, 54000 Kuala Lumpur,
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Tel:
    019.245.9154
    - En. Mohamad Junaidi bin Ishak
    Ketua Penerangan
    016.935.7922 - En. Elham Budi bin Mohd Rozali
    Setiausaha Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
    017.386.3826 - Pn. Norazizah binti Johar
    Ahli Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
Anda Di Sini : Home Guru Utama PERUTUSAN EID UL ADHA 1442H | 2021