Tuesday, 03 19th

Last update09:32:56 PM

 

PERNYATAAN TAKLIMAT KURSUS

 PERNYATAAN TAKLIMAT KURSUS

SILAT CHEKAK SILAT PAPAN SEKEPING

 



1.      TEMPOH PEMBELAJARAN DAN JADUAL YURAN.

Tempoh Kursus Pembelajaran Silat Chekak Silat Papan Sekeping adalah 6 bulan.

 

Jadual Yuran Kursus adalah seperti berikut ;-

 

BIL.

KETERANGAN PEMBAYARAN

BILANGAN PEMBAYARAN

JUMLAH

1.

Yuran Pendaftaran Persatuan

Kategori :

a) 1 x RM 5.00 (Ahli Individu/Remaja)

b) 1 x RM 10.00 (Ahli Bersekutu)

c) 1 x RM 10.00 (Peserta BSR PSCSPSM)

RM 5.00

(Ahli Individu/Remaja)

2.

Yuran Majlis

3 x RM 85.00

RM 255.00

3.

Yuran Bulanan

6 x RM 50.00

RM 300.00

 

NOTA :

  • Syarat Sah Keahlian hendaklah tamat tempoh kursus dan Yuran Tahunan berjumlah RM 24.00 akan diambil dari kutipan Yuran Bulanan.

***Tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk.

  • Bayaran Yuran Majlis ;-

1)  Yuran Majlis Permulaan RM 85.00 + RM 5.00. (Jumlah RM90.00)

2)  Yuran Majlis Potong (dalam masa 4 bulan) RM 85.00.

3)  Yuran Majlis Tamat (2 bulan selepas Majlis Potong) RM 85.00 dan bayaran RM 50.00 untuk Majlis Kenduri Tamat Latihan.

  • Kutipan bayaran kelas untuk keperluan makanan, minuman ringan dan lain-lain adalah ditetapkan oleh Penyelia Kelas (jika perlu).

 



2.      PENGGUNAAN KAIN PUTIH.

 

 


A.    Adab Dan Adat Budaya Perguruan Melayu. 

Penggunaan kain putih telah lama diamalkan dalam adab dan adat budaya perguruan Melayu. Setiap individu akan membawa sehelai kain putih dan sebilah pisau lipat semasa memohon untuk berguru. Dalam budaya perguruan Melayu, kain putih memberi maksud bahawa individu tersebut memohon bimbingan dan didikan guru, ibarat sehelai kain putih yang akan dicorak atau diwarnai oleh gurunya. Sebilah pisau lipat memberi maksud ketaatan seorang murid kepada gurunya dan kepatuhan diri kepada didikan rohani.

 

B.     Penggunaan Kain Putih Dalam Perguruan Silat Chekak Silat Papan Sekeping.

Selepas Majlis Penerimaan Penuntut/Pelatih Baru, setiap individu disyaratkan tidur di atas kain putih tersebut sebagai pelapik cadar untuk 3 malam berturut-turut dalam keadaan bersih dan suci.

Diantara maksud penggunaan kain putih adalah;-

                                                

1)      Sebagai peringatan permulaan berguru.

Amalan tidur di atas kain putih adalah untuk menanamkan kesedaran kepada ahli bahawa berguru dan menuntut ilmu adalah merupakan satu tuntutan dalam agama ke atas setiap individu untuk bertanggungjawab ke atas diri sendiri.

Dan juga sebagai simbolik membersihkan niat mempelajari ilmu Silat Chekak Silat Papan Sekeping.

 

2)      Sebagai simbolik peringatan perlunya sentiasa membersihkan diri zahir dan batin.

Kain putih memberi maksud bersih. Sebagai contoh; cadar berwarna putih digunakan di hotel-hotel, asrama-asrama dan hospital-hospital bagi memberi maksud bahawa pengguna tidak perlu meragui kebersihan katil yang akan digunakan kerana cadar baru yang putih bersih digunakan setiap kali penerimaan pengguna baru.

 

3)      Menjana jati diri dan berakhlak tinggi.

Amalan tidur di atas kain putih adalah untuk menimbulkan keazaman memperbaiki diri,  memberi peringatan tentang mati dan menimbulkan rasa keinsafan dalam hati tentang dosa dan kesilapan yang pernah dilakukan di masa lalu seperti kesalahan kepada ibubapa dan keluarga, menzalimi masyarakat atau individu, tidak amanah serta perbuatan-perbuatan lain yang melanggar batas-batas adab dan agama.

 


 

 

Dikeluarkan oleh ;-

Majlis Tertinggi Pelajaran Dan Tatatertib (MTPT)

 

Renungan

Wajib Menjaga Diri Sendiri,

Menerima Amanah Tuhan Rabbi,

Untuk Menjadi Mukmin Sejati,

Demi Menegak Islam Yang Suci.


Taat Ke Guru Membawa Berkat ,

Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat,

Jika Menderhaka Mendapat Mudharat,

Semua Ilmu Tiada Yang Lekat.


Dari Mata Turun Kehati,

Tak Kenal Maka Tak Cinta,

Lain Dimulut Lain Dihati,

Adat Berkasih Hendaklah Setia.

Galeri Gambar

Hubungi Kami

  • Alamat Surat Menyurat:
    No. 31, Lorong Keramat 19,
    Dato' Keramat, 54000 Kuala Lumpur,
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Tel:
    019.245.9154
    - En. Mohamad Junaidi bin Ishak
    Ketua Penerangan
    016.935.7922 - En. Elham Budi bin Mohd Rozali
    Setiausaha Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
    017.386.3826 - Pn. Norazizah binti Johar
    Ahli Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
Anda Di Sini : Home Pengurusan Persilatan Pernyataan Taklimat Kursus