Saturday, 04 20th

Last update12:00:00 AM

 

ARKIB ARTIKEL | PSCSPSM

MENCARI TAKDIR

Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Walilla hil hamd.


Selamat Hari Raya Eidul Adha 1432

Allah selawat dan salam ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w serta keluarga
Salam ke atas para sahabat, para solihin, siddiqin, tabi‘in serta syuhada’
Salam ke atas hamba Allah.

Setiap orang islam yang beriman difardukan dengan 5 rukun yang kemuncaknya wajib sampai menunaikan rukun haji ke Baitullah iaitu Kaabah di Makkah Al Mukarramah. Maka haji itu ertinya ‘sampai’ (tabligh). Solat itu sendiri adalah pengertian dan tafsiran 5 rukun tersebut. Ini dinamakan solat yang satu. Bagi orang yang memahami rahsia solat ini dinamakan Haji Kecil; dan apabila dia sampai ke Kaabah di Makkah Al Mukarramah mengerjakan rukun Haji dia mendapat Haji Akbar secara individu.

Kita biasa menggunakan istilah ‘sampai waktu’ atau ‘sampai ketika’ di dalam kehidupan seharian. Begitu juga bagi diri manusia apabila sampai ketika ‘kembali’. Secara umumnya tidak akan disegerakan atau ditangguhkan walau seketika seperti mana maksud firman Allah Al Mu‘minun ayat 43: “Tidak mendahului ajal satu umat dan tidak ditangguhkan”.

Namun begitu, secara khususnya ada juga sekali-sekali, jarang-jarang, seorang mukmin sejati atau orang tertentu yang diperkenankan Allah Azzawajalla apabila beliau memohon penangguhan ‘kembali’ di atas sebab tertentu??
Perkara benar ini tidak mustahil sebagai bandingan makhluk.
Iblis laknatullah telah meminta kepada Allah Azzawajalla penangguhan mati hingga ke hari kiamat akhirat dan telah diperkenankan olehNya.
Segala perkara baru (makhluk) adalah berpasangan – ada bandingan.
Jika ada ilmu hitam yang hebat seperti hantu raya yang boleh tiba sampai dan menjelma, kemudian ghaib sepantas seorang yang belum sempat duduk dari berdirinya; tentulah ada ilmu putih yang mirip sebegitu bahkan lebih hebat, sepantas belum sempat berkelip matanya.
Maha Suci Allah Yang Maha Hebat. KepunyaanNya segala kerajaan di langit dan di bumi.

Bagi pengamal ilmu hitam dikenali sebagai SAKA perlu melepaskan ‘kianat’ itu kepada manusia pengganti; jika tidak ditemui penggantinya – pasti dia mengalami kesukaran sakaratulmaut kerana takdir yang diciptanya bersekongkol dengan penjanjian iblis yang telah lama dimeterai dengan tuhannya.
Walaupun begitu, dengan rahmat dan nikmat Allah jua, penjanjian itu boleh dimansuhkan oleh para ‘Arifbillah, Fuqoha’Allah dan seumpamanya.

Maka ilmu putih juga pasti ada ‘amanat’ yang perlu dilepaskan kepada manusia pewarisnya dengan perintah Allah jua; atau pemegang ‘amanat’ ini tidak boleh kembali?
Perkara ini boleh terjadi kerana Allah yang Maha Adil memberi izin pula kepada iblis yang sentiasa menghalangi manusia dengan berbagai tipu daya.
Walaupun begitu, dengan rahmat dan nikmat Allah jua, apabila tiba ketikanya – penyerahan tetap berlaku; bertemu dan berpisah dan bertemu semula, secara nyata zahir atau ghaib = alam roh.
Firman Allah surah Al Isra ayat 85: “Dan mereka bertanya kepada mu tentang roh; katakanlah roh itu dari urusan tuhan ku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”.

Renungkan . . . .
Apakah yang diumpamakan sedikit ini . . . . ilmunya atau orangnya?
Sedikit membawa maksud benda yang boleh dihitung sedangkan roh adalah perkara ghaib tidak berbentuk. Selepas penyerahan berlaku, dia akan kembali ke rahmatullah dalam masa tidak lebih 40 hari dan pewarisnya disahkan selepas 40 hari pula.
Maka sesiapa yang mendakwa telah menerima amanat itu sebagai pewaris dan yang telah disebutkan sebagai pengganti sebelum tempoh itu adalah dusta.

Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Walilla hil hamd.

Firman Allah surah Al Ankabut ayat 43 : “Dan perumpamaan ini kami buat untuk manusia; dan tidak dapat/tidak ada yang memahaminya kecuali orang yang berilmu”.
Firman Allah surah Al Fathir ayat 19 : “Dan tidaklah sama orang buta dengan orang yang melihat”.

Wasiat guru :-
Carilah guru yang kaya !
Carilah guru yang berani !
*** kaya harta (boleh dihitung) – adalah keperluan hidup di dunia, hujungnya jadi sampah/binasa?
*** berani – bertempur, bergaduh telagah, naik stage dan sebagainya adalah satu tuntutan – wajib menjaga diri sendiri, hendaklah mahir pada anggotanya . . . .

Jika tidak dikawal baik akan menjadi syirik yang hujungnya baru sama macam haiwan. Ayam juga berani berlaga, kucing berani bergaduh/bertelagah?
Jika terlalu takut juga boleh menjadi syirik.

*** kaya ilmu = kaya jiwa (tidak dapat dihitung) menjadi manafaat berkekalan dunia sampai akhirat. Orang ini tidak berdagang (cari makan) dengan agamanya. Al Baqarah ayat 41: “. . . . dan janganlah kamu menukarkan (menjual) ayat-ayat Ku dengan harga sedikit/rendah dan bertakwalah kepada Ku”. Al Baqarah ayat 16 : “Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk. Maka tidaklah beruntung perniagaan/perdagangan mereka dan tidak mendapat petunjuk”.

Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Menggunakan hartanya untuk dakwah bukan dakyah.
*** berani – berkata, membuat kebenaran di atas jalan agama dengan cara bijaksana; tidak biadap lagi kurang ajar.
Maksud hadis : “Qada’ dan qadar itu tidak akan berubah melainkan dengan doa dan panjang umur itu adalah sangka baik serta kebajikan”. (Ilmu yang manafaat, amal soleh, sadaqah jariah)
Firman Allah Al Baqarah ayat 42: “Dan janganlah kamu campur adukkan kebenaran dan kebatilan dan kamu sembunyikan kebenaran (yang haq) sedang kamu mengetahui”.

Al Baqarah ayat 32 : “Maha suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh Engkau jua yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.
Al Kahf ayat 10 : “Tuhan kami berilah kami dari sisi Mu rahmat dan sempurnakanlah (sediakanlah) bagi kami dari urusan kami petunjuk yang lurus”.
Al Baqarah ayat 201 : “Tuhan kami berilah kami di dunia kebaikan dan di akhirat kebaikan dan peliharalah kami dari seksa neraka”.

Selawat Allah ke atas junjungan besar penghulu kami Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w serta keluarga dan para sahabat.

Alla HU Akbar Alla HU Akbar Alla HU Akbar Walilla hil hamd.

Benar itu amanat – dusta itu kianat 
 
 
 
SUMBER : CEKAK PENDUSTA ~ 01 NOVEMBER 2011 

Renungan

Wajib Menjaga Diri Sendiri,

Menerima Amanah Tuhan Rabbi,

Untuk Menjadi Mukmin Sejati,

Demi Menegak Islam Yang Suci.


Taat Ke Guru Membawa Berkat ,

Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat,

Jika Menderhaka Mendapat Mudharat,

Semua Ilmu Tiada Yang Lekat.


Dari Mata Turun Kehati,

Tak Kenal Maka Tak Cinta,

Lain Dimulut Lain Dihati,

Adat Berkasih Hendaklah Setia.

Galeri Gambar

Hubungi Kami

  • Alamat Surat Menyurat:
    No. 31, Lorong Keramat 19,
    Dato' Keramat, 54000 Kuala Lumpur,
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Tel:
    019.245.9154
    - En. Mohamad Junaidi bin Ishak
    Ketua Penerangan
    016.935.7922 - En. Elham Budi bin Mohd Rozali
    Setiausaha Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
    017.386.3826 - Pn. Norazizah binti Johar
    Ahli Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
Anda Di Sini : Home Arkib Arkib Artikel MENCARI TAKDIR