Salam Maulidur Rasul 1435 H | PSCSPSM
- 13 January 2014
- Hits: 5887
Dengan nama Allah dan selamat sejahtera keatas Rasulullah.
Setiap pengakuan kalimah tauhid, perlu disusuli dengan pengakuan membenarkan Nabi Muhammad S.A.W itu hamba dan pesuruh NYA. Hendaknya ada disemai, diingat, dibenarkan, diperakui benarnya Nabi Muhammad S.A.W. itu membawa rahmat keseluruh alam seperti mana maksud Firman Allah : Al Quran - dan tidak Aku (Allah) utuskan Nabi Muhammad s.a.w melainkan membawa rahmat ke seluruh alam.
Maka tidak ada yang lebih benar selain dari jalan sunnah khusus Nabi Muhammad S.A.W. yang telah diiktiraf Allah S.W.T sebagai benar.
Dimana ada manisan di situ ada semut
Dimana ada kebenaran di situ ada kebatilan
Dimana ada kejahatan pasti ada tersembunyi kebaikan
Dimana ada kebaikan tersembunyi pula kejahatan
Jika ada pejuang pasti ada pengkhianat
Apabila ada kehidupan maka mati adalah pasti
dan yang bersatu tetap akan terpisah walau sementara senafas seketika.
Maka apabila ada perpaduan tentu NYA ada perpecahan.
Di mana kita .... .... diri sendiri ?
Namun begitu, jika mahu berkawan cari baiknya atau jika mahu bergaduh dan bermusuh cari buruknya.
Dan selawat Allah keatas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan atas keluarga serta sahabat maka ke seluruh alam.
Pengerusi
Majlis Tertinggi Pelajaran dan Tatatertib
Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia.