Perutusan Eidul Fitri 1434 Hijrah
- 06 August 2013
- Hits: 4763
Assalamu 'alaikum warahmatulla hi wabarakatuh.
Alla hu Akbar Alla hu Akbar Alla hu Akbar Walilla hil hamd.
1 Syawal hari besar hari bergembira yang diredai Allah s.w.t bagi umat Islam seluruh dunia.
Hari berbahagia ? bagi orang yang berjaya menunaikan puasa fardu Ramadhan.
Hari bersuka ria ? bagi orang yang gagal menunaikan puasa fardu Ramadhan.
1 Syawal – ramai juga yang menangis ? apakah sebak tangisan dipagi Syawal kerana terlalu gembira atau terlalu sedih atau terlalu kesal ? . . . . semuanya akan mendapat habuan atau balasan masing-masing.
Fiman Allah surah An Nisak ayat 123 dan 124
Maksudnya “Bukanlah angan-angan kamu dan bukan pula angan-angan ahli kitab. Barangsiapa mengerjakan kejahatan akan dibalas dengannya dan tidak dia mendapat selain dari Allah pelindung dan penolong.
Dan barangsiapa mengerjakan amal kebajikan dari lelaki atau perempuan dan ia beriman (Islam) maka mereka itu akan masuk ke syurga dan tidak dizalimi sedikit pun”.
1 Syawal – Eidul Fitri ertinya kembali kepada fitrah semulajadi manusia pada kejadian yang asal iaitu suci bersih seakan pulang pulih sediakala seperti keluar dari perut ibu.
Eidul Fitri – kembali kepada kesucian fitrah bagi mereka yang benar mengerjakan ibadat puasa fardu Ramadhan. Benar berpuasa pada jiwanya (nafsu) serta jasad tubuh badan dan anggota akal dan anggota hati.
Eidul Fitri adalah tapak 3 perjuangan bagi lelaki dan perempuan bermula dengan belajar menuntut ilmu.
Ilmu sebagai imam – hidup sebagai makmum.
Jika imam bertujuan mencari kesenangan hidup di dunia maka makmum juga demikian halnya !
Jika imam bertujuan mencari kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat maka makmum juga demikian halnya !
Ilmu adalah teman semasa sunyi – dan sahabat semasa susah.
Alla hu Akbar Alla hu Akbar Alla hu Akbar Walilla hil hamd.
Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada seluruh warga Chekak dan warga Islam sedunia.
Taqab balalla hu minna waminkum (semoga Allah menerima amal kami dan amal kamu).
1 Syawal 1434 H
Guru Utama dan Presiden PSCSPSM
Tuan Tabib Mohd Soleh Bin Hussin