Salam Eid ul Fitri 1433 H
- 16 August 2012
- Hits: 4235
Assalamu 'alaikum warahmatulla hi wabarakatuh.
Bulan Ramadhan yang penuh berkat akan melepasi kita apabila terbit anak bulan Syawal yang mulia.
Maka menjadi mulia disisi tuhannya bagi seseorang di atas hasil kerja atau amalnya.
- Tukang rumah yang bertukang akan mendapat hasil.
- Petani dan penternak yang berbakti akan memperoleh hasilnya dan kebaikan kerana membiakkan sumber makanan.
- Pedagang akan mendapat untung atau rugi.
- Pekerja akan mendapat bayaran gaji.
- Kuli akan mendapat bayaran upah.
- Hamba akan mendapat bakti dan kebajikan.
- Pelajar yang taat dan tabah akan memahami ilmunya.
Satu masa lampau, penuntut Chekak dikehendaki membawa sehelai kain putih 2½ hasta, sebilah pisau belati dan sepasang anak ayam ketika mula datang berguru. Dengan bimbingan guru, ayam dipelihara bersama sehingga bertelur dan menetas. Kemudian yang betina disembelih dan dipotong.
Apabila anak ayam yang baru, membesar sihat, jantan pula disembelih dan dilapah isinya dileraikan satu persatu.
Selamat Hari Raya Eid ul Fitri kepada seluruh warga Chekak dan warga Islam sedunia.
Semoga Allah menerima amal kami dan amal kamu.
Guru Utama dan Presiden PSCSPSM
Tuan Tabib Mohd Soleh Bin Hussin