PENGISYTIHARAN GURU UTAMA PSCSPSM
Monday, 11 25th
Last update12:00:00 AM
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar walilla hilhamd. Allahummasalli ala saiyidina Muhammadin wa 'ala ali saiyidina Muhammad wabarik wasallim.
Menjelang 1 Syawal yang mulia ini adalah simbolik kemenangan, kesenangan dan ketenangan umat islam yang besar bagi melahirkan rasa syukur dan redha kepada Allah dalam setiap perkara. Kegembiraan yang Allah SWT kurnia pada umat islam bagi muhasabahkan diri serta membetulkan perjalanan hidup mukmin ke arah jalan lurus beragama berlandaskan syariat Al-Quran.
1 Syawal hari berbahagia umat islam yang berlalu pergi dengan Ramadhan yang penuh berkat ini dalam memperbanyakkan latihan jiwa dan amalan hati dalam melatih diri kita mengingat Allah walau di mana sahaja kita berada walaupun bahagia, sengketa, gundah gulana dan hilang arah.
Apabila hati dinodai ?
Apabila hati itu hidup, maka sukar dinodai...
Apabila hati itu mati, mudah dinodai...
Apabila jiwa tenang, maka wujud kesabaran iaitu berlapang dada, gunakanlah akal fikiran yang berhubung rapat dengan qalbu yang suci bagi memohon pertolongan dan pertunjuk Allah yang benar dan tidak terpesong jalannya. Perasaan bahagia, senang dan menang dari Rahmat Allah SWT jua, dikurnia kebahagian Syawal adalah satu nikmat besar.
Ingatlah: Ilmu tanpa amal tidak menunjukkan seorang itu ampuh. Segala Ilmu mesti ada syariatnya (perbuatan) bagi membenarkan syariat Al-Quran. Apabila ia ampuh maka mudah menjalankan syariat yang disampaikan Nabi Muhammad Rasulullah SAW. - Qalbi, Fi'li, Qauli
Selamat Hari Raya Eid ul Fitri
Semoga Allah makbulkan amal kami dan amal kamu.
Alla hu Akbar Alla hu Akbar Alla hu Akbar Ya Rabbul Bai'th Ya Wasi'. Allahummasalli ala saiyidina Muhammadin wa 'ala ali saiyidina Muhammad wabarik wasallim.
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar walilla hilhamd. Alla hummasalli ala saiyidina Muhammadin wa 'ala ali saiyidina Muhammad wabarik wasallim.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Kepada Seluruh Nusantara Melayu.
Pada hari kedatangan bulan Syawal yang mulia ini adalah hari besar bagi seluruh umat islam. Menyambut 1 Syawal adalah Kemenangan, Kebahagian dan Kesenangan bagi umat islam yang berjaya menunaikan ibadat puasa pada bulan Ramadhan. Eid ul Fitri yang berbahagia ini telah mengembalikan setiap dirinya kepada kesucian fitrah, tidak akan suci orang yang tidak melakukan perintah yang benar lurus kerana Allah. Sebagai orang islam, perlu sentiasa bersyukur dan sentiasa menyerah dirinya kepada Allah dengan sentiasa mengadap.
Peristiwa-peristiwa dahulu Nabi dan Rasul kita, menjadikan setiap mukmin kuat atas pegangannya, walaupun perjuangannya dahulu ditentang oleh orang kufur dan kafir dengan menghina, mencerla, menindas dan mempertikai tetapi mereka tidak menyerang. Kemenangan besar umat islam adalah apabila ia dapat mengawal nafsunya, mengawal anggotanya, serta ingat akan Allah walau apa jua pun. Bersama-samalah kita marafakkan rasa syukur dengan nikmat Rahmat Allah atas perjuangan Nabi Muhammad SAW.
Keberkatan pada bulan Ramadhan muslimin dan muslimat dapat melatih jiwanya, hatinya suci dari segala kekotoran dalam dirinya dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya sehingga dapat membezakan. Ini berkait rapat dengan hati yang suci niatnya ikhlas kerana Allah jua.
Pada hari yang berbahagia ini, setelah mengharungi fasa bulan Ramadhan dengan senang, menang dan tenang dengan susah, resah gelisah.
Ingatlah !
Jiwa yang tenang, akan mengatasi segala kesulitan dan halangan, Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman Al- Fajr (89)(28): "" Wahai jiwa-jiwa yang tenang, Kembalilah kepada Allah dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Allah). Kebahagian datang kepada orang yang beriman apabila ia dapat merasai EsaNya Allah dengan benar kusyuk iaitu sedar dan ingat.
Beringatlan dan berwaspadalah dengan kesenangan, kebahagian & kemenangan di dunia yang semata ini, sedangkan jiwa tidak tenang sehingga terpesona menguasai diri dan lalai atas tanggungjawab yang diamanahkan ke atas diri sendiri.
PEGANGAN UMAT ISLAM ADALAH AL-QURAN DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD RASULULLAH, INSYA ALLAH MEMPEROLEHI KEMENANGAN!
Selamat Menyambut Hari Raya Eid ul Fitri 1 Syawal.
Semoga Allah menerima amalan-amalan kita semua.
BARAKALLAH
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
Laa ilaaha illallahu wallahu akbar
Allaahu akbar walillaahil hamd.
1 SYAWAL 1444 HIJRAH
Wajib Menjaga Diri Sendiri,
Menerima Amanah Tuhan Rabbi,
Untuk Menjadi Mukmin Sejati,
Demi Menegak Islam Yang Suci.
Taat Ke Guru Membawa Berkat ,
Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat,
Jika Menderhaka Mendapat Mudharat,
Semua Ilmu Tiada Yang Lekat.
Dari Mata Turun Kehati,
Tak Kenal Maka Tak Cinta,
Lain Dimulut Lain Dihati,
Adat Berkasih Hendaklah Setia.