ARKIB UCAPAN | PSCSPSM
Selamat Hari Raya Eid ul Fitri | 1444H
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar walilla hilhamd. Alla hummasalli ala saiyidina Muhammadin wa 'ala ali saiyidina Muhammad wabarik wasallim.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Kepada Seluruh Nusantara Melayu.
Pada hari kedatangan bulan Syawal yang mulia ini adalah hari besar bagi seluruh umat islam. Menyambut 1 Syawal adalah Kemenangan, Kebahagian dan Kesenangan bagi umat islam yang berjaya menunaikan ibadat puasa pada bulan Ramadhan. Eid ul Fitri yang berbahagia ini telah mengembalikan setiap dirinya kepada kesucian fitrah, tidak akan suci orang yang tidak melakukan perintah yang benar lurus kerana Allah. Sebagai orang islam, perlu sentiasa bersyukur dan sentiasa menyerah dirinya kepada Allah dengan sentiasa mengadap.
Peristiwa-peristiwa dahulu Nabi dan Rasul kita, menjadikan setiap mukmin kuat atas pegangannya, walaupun perjuangannya dahulu ditentang oleh orang kufur dan kafir dengan menghina, mencerla, menindas dan mempertikai tetapi mereka tidak menyerang. Kemenangan besar umat islam adalah apabila ia dapat mengawal nafsunya, mengawal anggotanya, serta ingat akan Allah walau apa jua pun. Bersama-samalah kita marafakkan rasa syukur dengan nikmat Rahmat Allah atas perjuangan Nabi Muhammad SAW.
Keberkatan pada bulan Ramadhan muslimin dan muslimat dapat melatih jiwanya, hatinya suci dari segala kekotoran dalam dirinya dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya sehingga dapat membezakan. Ini berkait rapat dengan hati yang suci niatnya ikhlas kerana Allah jua.
Pada hari yang berbahagia ini, setelah mengharungi fasa bulan Ramadhan dengan senang, menang dan tenang dengan susah, resah gelisah.
Ingatlah !
Jiwa yang tenang, akan mengatasi segala kesulitan dan halangan, Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman Al- Fajr (89)(28): "" Wahai jiwa-jiwa yang tenang, Kembalilah kepada Allah dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Allah). Kebahagian datang kepada orang yang beriman apabila ia dapat merasai EsaNya Allah dengan benar kusyuk iaitu sedar dan ingat.
Beringatlan dan berwaspadalah dengan kesenangan, kebahagian & kemenangan di dunia yang semata ini, sedangkan jiwa tidak tenang sehingga terpesona menguasai diri dan lalai atas tanggungjawab yang diamanahkan ke atas diri sendiri.
PEGANGAN UMAT ISLAM ADALAH AL-QURAN DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD RASULULLAH, INSYA ALLAH MEMPEROLEHI KEMENANGAN!
Selamat Menyambut Hari Raya Eid ul Fitri 1 Syawal.
Semoga Allah menerima amalan-amalan kita semua.
BARAKALLAH
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
Laa ilaaha illallahu wallahu akbar
Allaahu akbar walillaahil hamd.
1 SYAWAL 1444 HIJRAH