Laporan Polis Bantahan Perhimpunan Haram 31 Disember 2013
- 31 December 2013
PERNYATAAN PERINGATAN TEGAS PSCSPSM MEMBANTAH HIMPUNAN GULINGKAN KERAJAAN PADA 31 DISEMBER 2013
Assalamu 'alaikum warah matulla hi wabarakatuh.
Bismilla hitawakkal tu 'alallah
La haula wala quwata illa billa hil 'aliyil 'azim.
Pada 29 Disember 2013 jam 2.09 petang, PSCSPSM telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membantah Himpunan Gulingkan Kerajaan pada 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka dan seluruh Negara.
Adalah menjadi Dasar Persatuan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan PSCSPSM Fasal 15 Larangan;-
‘Persatuan tidak boleh terlibat, bergabung atau mengadakan hubungan secara terus dengan kegiatan politik atau menggunakan nama Persatuan dalam apa jua isu-isu politik yang bertentangan dengan dasar kerajaan.’
Segala pernyataan yang bertentangan dengan Fasal 15 ini adalah tertolak dengan sendirinya dan tidak diterima sebagai Dasar Persatuan.
Peringatan tegas kepada semua ahli PSCSPSM supaya tidak melibatkan diri atau mengambil bahagian dalam Himpunan Gulingkan Kerajaan Pada 31 Disember 2013 dan apa-apa perhimpunan haram yang bertentangan dengan Undang-Undang Negara.
Apa-apa juga perbuatan ahli PSCSPSM secara individu dalam bentuk tindakan, penulisan, fahaman politik dan apa-apa kefahaman lain atau penyertaan dalam mana-mana pertubuhan atau perhimpunan yang bertentangan dengan Undang-Undang Negara, tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada Persatuan.
Adalah menjadi tanggungjawab semua ahli PSCSPSM memartabatkan Silat Chekak Silat Papan Sekeping ini sebagai budaya bangsa yang asli lagi bertanggungjawab bagi menerapkan nilai-nilai murni dan kecintaan kepada bangsa, agama dan negara.
“ Keamanan dikekalkan, Kedaulatan dipertahankan”
Azri Bin Sulaiman
Setiausaha Agung PSCSPSM