Saturday, 04 20th

Last update12:00:00 AM

 

Demonstrasi Penerangan Silat Skuad 86 di KAFA, Kuala Kangsar | PSCSPSM

Demontrasi Penerangan Silat Skuad 86 di KAFA, Kuala Kangsar | PSCSPSM

Pada 30 April 2013 (19 JamadilAkhir 1434 H) Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping (PSCSPSM) telah diundang oleh Ustaz Yusof Zaki Bin Zulkapli sebagai Penyelia Kafa, Jabatan Agama Islam Perak untuk mengadakan Demontrasi Penerangan Silat sempena Mesyuarat Agong Guru-guru Kafa di Kuala Kangsar.

Ustaz Yusof Zaki adalah ahli PSCSPSM Perak. Beliau tanpa jemu sentiasa menggalakkan generasi muda hari ini agar mendekatkan diri dengan aktiviti Silat Chekak, supaya cintakan Budaya, Agama dan Negara selain dapat memupuk nilai-nilai murni.

13 orang ahli demo Skuad 86 telah mengambil bahagian. Tuan Hj. Taufik Datuk Hashim (Naib Presiden 2) dan Tuan Junaidi Ishak (MTPT) turut sama mempersembahkan satu demonstrasi istimewa yang jarang dipertontonkan yakni persembahan Parang Lading yang merupakan senjata rasmi PSCSPSM.

Tetamu Khas Majlis, Tuan Maslin Sham Bin Razman-Calon N34 DUN Bukit Chandan (kini telah pun berjaya menjadi ADUN Bukit Chandan dalam PRU-13) turut sama hadir memberi sokongan.

Turut memeriahkan majlis, Tuan Shaharudin Shaari selaku Penyelaras dan Penyelia Pusat Latihan Negeri Perak, Tuan Ismail Hassan (Ketua Penerangan), ahli MTPT, tenaga pengajar, jurulatih & ahli PSCSPSM sekitar Lembah Klang dan ahli Pusat Latihan Negeri, Bukit Gantang, Taiping, Perak.

Tahniah dan terima kasih buat Skuad 86.

Demontrasi Penerangan Silat Skuad 86 di KAFA, Kuala Kangsar | PSCSPSM

Demontrasi Penerangan Silat Skuad 86 di KAFA, Kuala Kangsar | PSCSPSM

 

Lihat Klik Di Sini!

 

 

Renungan

Wajib Menjaga Diri Sendiri,

Menerima Amanah Tuhan Rabbi,

Untuk Menjadi Mukmin Sejati,

Demi Menegak Islam Yang Suci.


Taat Ke Guru Membawa Berkat ,

Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat,

Jika Menderhaka Mendapat Mudharat,

Semua Ilmu Tiada Yang Lekat.


Dari Mata Turun Kehati,

Tak Kenal Maka Tak Cinta,

Lain Dimulut Lain Dihati,

Adat Berkasih Hendaklah Setia.

Galeri Gambar

Hubungi Kami

  • Alamat Surat Menyurat:
    No. 31, Lorong Keramat 19,
    Dato' Keramat, 54000 Kuala Lumpur,
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Tel:
    019.245.9154
    - En. Mohamad Junaidi bin Ishak
    Ketua Penerangan
    016.935.7922 - En. Elham Budi bin Mohd Rozali
    Setiausaha Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
    017.386.3826 - Pn. Norazizah binti Johar
    Ahli Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
Anda Di Sini : Home Aktiviti Demonstrasi Penerangan Silat Skuad 86 di KAFA, Kuala Kangsar | PSCSPSM