Agenda Mesyuarat AgungTahunan PSCPSM Ke 12Tahun 2024

PERSATUAN SILAT CHEKAK SILAT PAPAN SEKEPING MALAYSIA
NO. 31, LORONG KERAMAT 19, DATO’ KERAMAT, 54000 KUALA LUMPUR,
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Website : www.silatpapan.sekeping.org.my

____________________________________________________________________________________

Rujukan kami : PSCSPSM/MAT/2025/02.

17 Januari 2025.

Kepada :

Semua Ahli PSCSPSM.

Tuan / Puan,

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PSCSPSM KE-12 TAHUN 2024.

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PSCSPSM Ke-12 Tahun 2024 akan diadakan pada ketetapan berikut: –

Tarikh : Sabtu 8 Februari 2025. 
Masa : 2.30 Petang Hingga 6.00 Petang.
Tempat : Tunku Abdul Rahman Business Centre (TARBIZ), Level 3, Business Centre, No. 399, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutian Kuala Lumpur.
Pendaftaran : 1.30 Petang Hingga 2.30 Petang.

2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:-

2.1 Ucapan Aluan Pengerusi Majlis.

2.2 Ucapan Tuan Guru Utama Dan Presiden PSCSPSM Dan Perasmian Mesyuarat.

2.3 Perlantikan Pengerusi Dan Setiausaha/Pencatat Minit Sementara Mesyuarat Agung.

2.4 Mengesahkan Dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PSCSPSM Ke-11 Tahun 2023.

2.5 Mengesahkan Dan Menerima Laporan Tahunan Jawatankuasa Induk PSCSPSM Tahun 2024.

2.6 Menerima Dan Meluluskan Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan Teraudit Bagi Tahun 2024.

2.7 Menerima dan Meluluskan Laporan Juru Audit Dalaman Tahun 2024.

2.8 Mengesahkan, Menerima Dan Menerima Pakai (Ratify) Segala Tindakan Dan Keputusan Jawatankuasa Induk PSCSPSM Bagi Tahun 2024.

2.9 Mesyuarat Berehat Selama 30 Minit.

2.10 Pembubaran Jawatankuasa Induk PSCSPSM Bagi Tahun 2024.

“MENJANA JATI DIRI DAN BERAKHLAK TINGGI”

“MENJANA JATI DIRI DAN BERAKHLAK TINGGI”

error: Content is protected !!