Kunjungan Hormat ke atas YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad

JABATAN PENERANGAN CHEKAK | Putrajaya 22 September 2025 (ISNIN) –

Kepimpinan Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia (PSCSPSM) mengadakan kunjungan hormat ke atas YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad. Rombongan diketuai oleh Guru Utama dan Presiden bersama Naib Presiden (1), Ahli Jawatankuasa Pusat dan Majlis Tertinggi persatuan.

Pertemuan berlangsung dalam suasana mesra dan penuh nilai. Sebagai seorang negarawan ulung yang telah melalui pelbagai zaman, Tun berkongsi pandangan tentang pentingnya disiplin diri, kesungguhan menuntut ilmu, dan kekuatan semangat penyatuan “Bangsa Melayu”. Beliau menegaskan bahawa kemajuan bangsa bergantung pada Bangsa Melayu Islam iaitu bangsa yang berpegang teguh pada Al-Quran, mensyukuri nikmat Allah dengan usaha Kita bersama, dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan membawa penyatuan Jati Diri Melayu dalam satu perjuangan.

Kunjungan ini mengukuhkan tekad kami untuk terus memartabatkan silat sebagai medan penyatuan bagi pembinaan insan dan wadah yang menanam keberanian, kepimpinan dan kesantunan. Semoga ikatan silaturrahim ini menjadi pemangkin semangat generasi muda dalam memelihara warisan bangsa, selari dengan hikmah yang disampaikan oleh negarawan berwawasan negara.

“MENJANA JATI DIRI DAN BERAKHLAK TINGGI”

error: Content is protected !!