Pernyataan dan PeringatanTegas PSCSPSM

PERSATUAN SILAT CHEKAK SILAT PAPAN SEKEPING MALAYSIA
NO. 31, LORONG KERAMAT 19, DATO’ KERAMAT, 54000 KUALA LUMPUR,
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Website : www.silatpapan.sekeping.org.my

____________________________________________________________________________________

PERNYATAAN DAN PERINGATAN TEGAS PSCSPSM

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bismillah hitawakkal tu ‘alallah
La haula wala quwata illa billahil ‘aliyil ‘azim.

Diantara matlamat Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia (PSCSPSM) adalah untuk mengambil bahagian dalam mendidik anak bangsa terutamanya orang Melayu dengan nilai-nilai ketuhanan dan kemanusiaan, membina jati diri agar berakhlak tinggi melalui penerapan adab-adab budaya bangsa Melayu dan Islam dengan memartabatkan budaya bangsa.

Adalah menjadi Dasar Persatuan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan PSCSPSM Fasal 15 Larangan;-
‘Persatuan tidak boleh terlibat, bergabung atau mengadakan hubungan secara terus dengan kegiatan politik atau menggunakan nama Persatuan dalam apa jua isu-isu politik yang bertentangan dengan dasar kerajaan.’

Segala pernyataan yang bertentangan dengan Fasal 15 ini adalah tertolak dengan sendirinya dan tidak diterima sebagai Dasar Persatuan.

Apa-apa juga perbuatan ahli PSCSPSM secara individu dalam bentuk tindakan, penulisan, fahaman politik dan apa-apa kefahaman lain atau penyertaan dalam mana-mana pertubuhan atau perhimpunan yang bertentangan dengan Undang-Undang Negara, tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada Persatuan.

Peringatan tegas juga kepada semua ahli PSCSPSM supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan Nama dan Logo Persatuan dalam penulisan atau artikel individu. Penulisan atau artikel individu yang merupakan ahli PSCSPSM di mana-mana saluran media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, Twitter dan sebagainya, bukanlah Pernyataan Rasmi PSCSPSM. Penulisan atau artikel individu tersebut adalah ditulis di atas pandangan sendiri.

Dengan ini saya, Guru Utama dan President PSCSPSM mengingatkan kepada semua ahli PSCSPSM supaya memelihara hubungan baik, mencari yang baik dan menjauhi kebanyakan sangka. Pernyataan Dan Peringatan Tegas PSCSPSM ini dibuat bagi mengekalkan keharmonian dan perpaduan yang telah diusahakan oleh Guru-Guru terdahulu bagi meneruskan hala tuju Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia.

“MENJANA JATI DIRI DAN BERAKHLAK TINGGI”

error: Content is protected !!