Saturday, 04 20th

Last update12:00:00 AM

 

Perutusan Eid Ul Fitri 1435 H / 2014 Guru Utama dan Presiden PSCSPSM.

Tuan Tabib Mohd Soleh Bin Hussin

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar walilla hilhamd.
Alla hummasalli ala saiyidina Muhammadin wa 'ala ali saiyidina Muhammad wabarik wasallim.

Bulan Syawal bulan mulia datang lagi dan Ramadhan yang penuh berkat pergi dan datang lagi di tahun hadapan seterusnya. Begitu ia datang dan pergi, bertemu dan berpisah dan bertemu semula .... yang tinggal hanya amal pekerjaan ?
Setiap pekerjaan yang hendak dikerjakan sama ada untuk keperluan hidup didunia atau pekerjaan ibadat sebagai seorang Islam perlu dengan ilmunya. Jika dilakukan kerja tanpa belajar ilmunya tentu tidak akan sempurna dan seterusnya rosak !!
Dengan kerana itu dirinya hidup dalam kesusahan didunia dan azab yang amat pedih diakhirat ?


Ingatlah : ilmu sebagai imam -
hidup (kerja) sebagai makmum.
** ilmu adalah sebaik teman semasa sunyi - setaat sahabat semasa susah.

Ramadhan telah berlalu namun hakikat puasa yang bermaksud 'menahan diri' hendaklah terus diamalkan sepanjang masa sepanjang tahun sepanjang nyawa !
Pertahankan diri dari gelora nafsu.
Pertahankan diri dari kepetahan akal.
Pertahankan diri dari keangkohan hati.

* Aidil Fitri 1 Syawal - hari berbahagia mereka yang merindui Ramadhan  ....
*Aidil Fitri 1 Syawal - hari bersuka ria mereka yang berasa bebanan fardu Ramadhan  ....

Selamat Hari Raya Eid ul Fitri
Semoga Allah makbulkan amal kami dan amal kamu.
Alla hu Akbar Alla hu Akbar Alla hu Akbar ya rabbul Jalil ya Karim.

1 Syawal 1435 H

Guru Utama dan Presiden PSCSPSM
Tuan Tabib Mohd Soleh Bin Hussin

Renungan

Wajib Menjaga Diri Sendiri,

Menerima Amanah Tuhan Rabbi,

Untuk Menjadi Mukmin Sejati,

Demi Menegak Islam Yang Suci.


Taat Ke Guru Membawa Berkat ,

Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat,

Jika Menderhaka Mendapat Mudharat,

Semua Ilmu Tiada Yang Lekat.


Dari Mata Turun Kehati,

Tak Kenal Maka Tak Cinta,

Lain Dimulut Lain Dihati,

Adat Berkasih Hendaklah Setia.

Galeri Gambar

Hubungi Kami

  • Alamat Surat Menyurat:
    No. 31, Lorong Keramat 19,
    Dato' Keramat, 54000 Kuala Lumpur,
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Tel:
    019.245.9154
    - En. Mohamad Junaidi bin Ishak
    Ketua Penerangan
    016.935.7922 - En. Elham Budi bin Mohd Rozali
    Setiausaha Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
    017.386.3826 - Pn. Norazizah binti Johar
    Ahli Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
Anda Di Sini : Home Guru Utama Perutusan Eid Ul Fitri 1435 H / 2014 Guru Utama dan Presiden PSCSPSM.