Thursday, 03 28th

Last update09:32:56 PM

 

Selamat Datang Ke Portal Rasmi PSCSPSM

Hari Tenaga Pengajar, Konvokesyen Ke 2 Dan Pertunjukan Penerangan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Sempena 10 Tahun PSCSPSM

SEMPENA 10 TAHUN PSCSPSM

SEMPENA 10 TAHUN PSCSPSM

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA HARI TENAGA PENGAJAR 10 TAHUN PSCSPSM dan MAJLIS KONVOKESYEN KE 2.


Perayaan sempena Sambutan 10 tahun PSCSPSM telah diadakan bertempat di The ACRE, Puchong Selangor pada 
Februari 2022 bersamaan 3 Rejab 1443H

Majlis yang dihadiri oleh ahli Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping dari seluruh pelusuk Tanah Melayu disempurnakan bersama 3 tokoh masyarakat dari kalangan akademik, agama dan politik yang dihadiri oleh Prof. Dr Supyan Hussin, Ustaz Yusof Zaki dan Yb Najwan Halimi.

Objektif majlis ini adalah untuk meraikan sambutan 10 tahun PSCSPSM selain merapatkan ukhwah bersama Penuntut, Penuntut Tamat dan Ahli Persatuan PSCSPSM dengan berteraskan konsep budaya dan masyarakat.  

Selain daripada itu, majlis diteruskan dengan Konvokesyen kali ke 2 penerima Sijil Rendah dan Setia Bersama.

Sambutan 10 Tahun ini diserikan dengan pertunjukan demonstrasi dari penuntut dan pertunjukan senaman Lading yang diketuai oleh Naib Presiden 2 PSCSPSM Tuan Haji Taufik bin Haji Hashim.

Pada 6 Februari 2022 bersamaan 4 Rejab 1443H pula telah disempurnakan Pertunjukan Penerangan Silat Chekak Silat Papan Sekeping yang berlangsung di ASTAKA Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

PSCSPSM mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen 3 tokoh masyarakat juga yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Sambutan 10 Tahun PSCSPSM.


"Menjana Jati Diri & Berakhlak Tinggi"

#silatCHEKAKsilatpapansekeping

 

Renungan

Wajib Menjaga Diri Sendiri,

Menerima Amanah Tuhan Rabbi,

Untuk Menjadi Mukmin Sejati,

Demi Menegak Islam Yang Suci.


Taat Ke Guru Membawa Berkat ,

Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat,

Jika Menderhaka Mendapat Mudharat,

Semua Ilmu Tiada Yang Lekat.


Dari Mata Turun Kehati,

Tak Kenal Maka Tak Cinta,

Lain Dimulut Lain Dihati,

Adat Berkasih Hendaklah Setia.

Galeri Gambar

Hubungi Kami

  • Alamat Surat Menyurat:
    No. 31, Lorong Keramat 19,
    Dato' Keramat, 54000 Kuala Lumpur,
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Tel:
    019.245.9154
    - En. Mohamad Junaidi bin Ishak
    Ketua Penerangan
    016.935.7922 - En. Elham Budi bin Mohd Rozali
    Setiausaha Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
    017.386.3826 - Pn. Norazizah binti Johar
    Ahli Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
Anda Di Sini : Home Aktiviti Hari Tenaga Pengajar, Konvokesyen Ke 2 Dan Pertunjukan Penerangan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Sempena 10 Tahun PSCSPSM