Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 10

Bismilla hirrahma nirrahim.

Syukur Alhamdulillah, Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia (PSCSPSM) dapat melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 10 pada Sabtu, 6 Mei 2023 bersamaan 15 Syawal 1444H bertempat di No. 31 Lorong Keramat 19, Dato’ Keramat, 54000 Kuala Lumpur.

Kerjasama dalam perjuangan dan pengorbanan seluruh ahli persatuan amatlah dihargai hingga akhir hayat  Insya Allah, dengan tetap pendirian yang disatukan hati-hati dari Allah Al-Alim Al-Khaliq.

PSCSPSM kini diterajui oleh Tuan Mohamad Rahmat bin Mohd Jawahir sebagai Presiden Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia.

Jutaan terima kasih kepada seluruh ahli persatuan komited dalam memikul amanah dan tanggungjawab untuk meneruskan visi dan misi persatuan.

Semoga Silat Chekak Silat Papan Sekeping lebih berjaya dalam memartabatkan budaya silat ini di seluruh Tanah Melayu.

  


“Menjana Jatidiri dan Berakhlak Tinggi”

#silatCHEKAKsilatpapansekeping