Wednesday, 12 13th

Last update12:30:00 AM

 

Selamat Datang Ke Portal Rasmi PSCSPSM

NOTIS PEMBERITAHUAN PSCSPSM

NOTIS PEMBERITAHUAN PSCSPSM

Notis Pemberitahuan PSCSPSM Berita Harian | C16 BH 1Klassifieds | RABU, 22 MAC, 2017

Assalamu 'alaikum warah matulla hi wabarakatuh.
Bismilla hitawakkal tu 'alallah
La haula wala quwata illa billa hil 'aliyil 'azim.

Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia (PSCSPSM) telah didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dan di sahkan pada 14 September 2012 bersamaan 27 Syawal 1433 H dengan No. Sijil Pendaftaran PPM-011-14-14092012.

Adalah menjadi tanggungjawab semua Ahli Silat Chekak untuk memartabatkan Silat Chekak Silat Papan Sekeping ini sebagai budaya bangsa yang asli lagi bertanggungjawab bagi menerapkan nilai-nilai murni dan kecintaan kepada bangsa, agama dan negara.

Sijil Pendaftaran ROS PSCSPSM

 

KELULUSAN PENDAFTARAN LOGO PERSATUAN/CAP DAGANGAN.

Persatuan telah mendaftarkan Logo Persatuan / Cap Dagangan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Intellectual Property Corporation of Malaysia) dan telah diluluskan pendaftarannya berkuatkuasa pada 11 Jun 2012 dengan Cap Dagangan Bil. 2012009926 Kelas:41.

Sijil Pendaftaran MyIPO PSCSPSM

Pernyataan Penafian Cap Dagangan ini adalah seperti berikut :-
Disclaimer : REGISTRATION OF THIS TRADE MARK SHALL GIVE NO RIGHT TO THE EXCLUSIVE USE, SEPARATELY, OF THE WORDS “SILAT CHEKAK” AND “SILAT PAPAN SEKEPING”.

 

Berdasarkan kepada Trade Marks ACT 1976 Trade Marks Regulations 1997, Cap Dagangan Bil. 2012009926 Kelas:41 ini adalah Hak Mutlak milik Persatuan.

Berdasarkan Pernyataan Penafian Cap Dagangan ini , pengunaan secara berasingan perkataan “SILAT CHEKAK” dan perkataan “SILAT PAPAN SEKEPING” oleh mana-mana pihak lain adalah dilarang dan melanggar Trade Marks ACT 1976 Trade Marks Regulations 1997.

Persatuan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang melanggar Pernyataan Penafian Cap Dagangan ini.


PUSAT LATIHAN NEGERI DAN KELAS LATIHAN PSCSPSM TERKINI.

Pusat Latihan Negeri dan Kelas Latihan yang bergerak secara aktif bagi aktiviti persilatan di bawah Pengurusan dan Pentadbiran PSCSPSM adalah seperti berikut :-

1) Pusat Latihan Ibupejabat, Kg. Baru, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.
2) Pusat Latihan Negeri, Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor Darul Ehsan.
3) Kelas Latihan Puchong, Selangor Darul Ehsan.
4) Pusat Latihan Negeri, Bukit Gantang, Perak Darul Ridzuan.
5) Pusat Latihan Negeri, Jerantut, Pahang Darul Makmur.
6) Kelas Latihan Kuantan, Pahang Darul Makmur.
7) Kelas Latihan Kuala Krai, Kelantan Darul Naim.

Persatuan tidak akan dipertanggungjawabkan atas pengurusan dan pentadbiran selain daripada yang dinyatakan di atas.

Dikeluarkan oleh :-
Setiausaha Agung PSCSPSM.

Renungan

Wajib Menjaga Diri Sendiri,

Menerima Amanah Tuhan Rabbi,

Untuk Menjadi Mukmin Sejati,

Demi Menegak Islam Yang Suci.


Taat Ke Guru Membawa Berkat ,

Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat,

Jika Menderhaka Mendapat Mudharat,

Semua Ilmu Tiada Yang Lekat.


Dari Mata Turun Kehati,

Tak Kenal Maka Tak Cinta,

Lain Dimulut Lain Dihati,

Adat Berkasih Hendaklah Setia.

Galeri Gambar

Hubungi Kami

  • Alamat Surat Menyurat:
    No. 61, Jalan 2/13, Block 1B,
    Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang,
    Selangor Darul Ehsan.
  • Tel:
    013.376.6031

    En. Ismail bin Hassan
    Ketua Penerangan
    018.359.5030
    En. Khuzairi bin Abdul Latif
    Pen. Setiausaha Agung
Anda Di Sini : Home Features NOTIS PEMBERITAHUAN PSCSPSM